Dia dan suaminya telah memulakan satu fenomena dengan menjadi Youtuber yang membuat video tutorial cara memasak pelbagai makanan tempatan Malaysia dengan resepi yang ringkas.
Cara Penyampaian Sugu Pavithra Menarik Perhatian Rakyat Malaysia
Cara penyampaiannya yang begitu ikhlas dan fasih dalam bahasa Melayu telah menarik perhatian ramai yang ramai rakyat Malaysia yang menyokong hasil usahanya. Apa lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat banyak tertumpu dan berada di rumah menyebabkan kebanyakan mereka mengisi masa lapang dengan melayari Youtube.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menghargai sumbangan dan kejayaan Sugu Pavithra di mana beliau telah menhantar tripod berserta kad ucapan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada Pavithra.
Pavithra berjaya menarik perhatian ramai setelah beliau berjaya menghasilkan pelbagai video masakan yang berkonsepkan resepi ringkas dengan gaya penyampaiannya yang ikhlas dan penggunaan bahasa melayu dengan fasih.
Pasangan Youtuber dari Jepun, iChang turut mengikuti panduan video masakan Sugu Pavithra untuk memasak kari ayam.
Tentu ramai yang ingin tahu berapa pendapatan Pavithra di Youtube setelah berjaya memperoleh lebih daripada 500 ribu subscribers?
Mengikut Juzairi Share, yang juga seorang youtuber terkenal Malaysia, beliau telah membuat anggaran pendapatan bulanan yang bakal diperolehi dari channel Youtube Sugu Pavithra itu.
Anggaran pendapatan Pavithra itu telah dikongsikan oleh beliau di dalam video saluran Youtube milik Juzairi sendiri d mana dianggarkan bahawa pendapatan Youtube yang bakal diperolehi oleh Pavithra dan suaminya boleh mencecah sehingga RM 144,000 sebulan.
Anggaran ini adalah menurut data dari laman web Socialblade yang dapat membuat analisis data anggaran jumlah pendapatan seorang youtuber berdasarkan bilangan subscribers yang ada dan kiraan muat naik video.
Semoga Sugu Pavithra akan terus dimurahkan rezeki serta dapat berkongsi lebih banyak video resepi yang menarik kepada orang ramai yang melayari channel youtube beliau.
Post a Comment