Apa yang lebih pelik, tak ada seorang pun pemandu atau pejalan kaki berhampiran yang berhenti untuk membawa kanak-kanak tersebut ke tepi jalan yang lebih selamat.
Detik cemas ini menurut Shanghaiist berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di bandar Lishui, Zhejiang, pada jam 8 pagi.
Malah pemandu kereta dan juga motosikal dilihat hanya memandang karenah kanak-kanak itu tanpa memberhentikan kenderaan mereka untuk membantu.
Tetapi akhirnya kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana datang seorang polis yang bertindak pantas menyelamatkan kanak-kanak itu dan membawanya ke tepi jalan.
"Saya terlihat seorang kanak-kanak dalam bahaya. Jadi saya terus mengambilnya dan membawa dia ke bahu jalan.
"Mengikut cerita kanak-kanak itu, dia sebenarnya telah terpisah dari ibunya dan mencarinya dengan kereta mainanya," kata Wu Feng.
Post a Comment