Hubungan adik-beradik merupakan hubungan yang paling akrab. Jika kita tidak bergaul rapat dengan adik-beradik, ia merupakan salah satu kerugian dalam hidup.
Sewaktu kecil, adik-beradik merupakan kawan pertama kita dan jika hubungan itu dikekalkan sehingga dewasa, sudah tentu ia menjadi lebih manis. Namun, bila tiba masanya, adik-beradik yang dahulunya menjadi kawan dan lawan pasti akan memilih pasangan untuk berumah tangga.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pemuda di laman Twitter dikenali sebagai Ryan, dia telah memuat naik satu video semasa kakaknya disunting untuk menjadi tunangan orang.
Apa yang menarik, semasa sesi bergambar, dia secara tidak sengaja telah menitiskan air mata hanya disebabkan kakaknya bakal menjadi milik orang lain. Walaupun kedengaran lucu, hubungan adik-beradik yang akrab itu membuatkan Ryan sukar melepaskan kakaknya.
Muat naik tersebut turut disertakan dengan meberitahu bahawa satu-satu kakaknya telah bertunang pada hari tersebut dan momen itu sangat berharga untuk dirinya. Dia juga mengucapkan tahniah serta mengakui amat menyayangi kakaknya. Posting yang dibuat Ryan itu telah mendapat maklum balas yang pelbagai oleh netizen. Rata-rata melihat video tersebut begitu menyentuh hati kerana jelas tergambar kasih sayang antara adik-beradik. Sumber : RyanKomen Source linkprobably the most emotional moment for me this year, seeing my only sister, my only sibling getting engaged. i couldnt hold back on the tears 🥺 congrats kak, love u big time ❤️ pic.twitter.com/MuIXXWgaUN— ryan (@rynhshm) June 29, 2019
Post a Comment