Pakai Mask Ketika Berjogging Boleh Menyebabkan Paru-Paru Bocor| Penularan pandemic COVID-19 telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Virus Covid19 yang bermula dari Wuhan China ini masih belum ada vaksin sehingga kini.
Masyarat kini telah mula meyesuaikan diri dengan amalan norma atau kebiasaan yang baru sebagai langkah pencegahan menularnya virus tersebut.
Sudah pastinya kesihatan harus diutamakan dengan mengamalkanpenjagaan jarak,elak bersentuhan serta menggunakan mask atau topeng muka sewaktu berada di luarrumah. Tapi, setakat manakah yang kita tahu penggunaan topeng muka dapat menghindar dari terdedah kepada bahaya?
Baru-baru ini terdapat satu laporan di Wuhan yang memetik terdapat seorang lelaki yang terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital setelah paru-parunya didapati bocor semasa beliau menjalankan aktiviti berjogging sejauh 4km sambil memakai topeng muka. Lelaki berusia 26 tahun tersebut dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Wuhan setelah dia mengalami sakit dada dan sesak nafas.
Untuk makluman, kebocoran paru-paru ini lebih dikenali dalam istilah perubatan sebagai sebagai pneumothorax. Sekiranya sesorang yang terkena penyakit ini, individu itu akan mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan kekurangan oksigen dalam paru-paru kerana paru-parunya tidak dapat mengembang secara normal.
Kebiasaannya perkara ini akan berlaku pada individu yang mempunyai penyakit asma, fibrosis kistik dan radang paru-paru sahaja. Tetapi , ia juga boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang mempunyai badan kurus, tinggi dan perokok.
Kebiasaannya perkara ini akan berlaku pada individu yang mempunyai penyakit asma, fibrosis kistik dan radang paru-paru sahaja. Tetapi , ia juga boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang mempunyai badan kurus, tinggi dan perokok.
Menurut laporan doktor yang merawat lelaki tersebut, ketika ujian awal dilakukan, doktor mendapati bahawa paru-paru kiri beliau telah mengalami tekanan sehingga 90% dan jantungnya pula telah bergerak ke bahagian kanan tubuhnya.
Menurutnya lagi, lelaki tersebut yang bernama Zhang Ping itu sudah mula berlari pada dua minggu yang lalu, ia dilakukan secara bertahap bagi meningkatkan jarak yang dilalui setiap larian. Di samping itu juga beliau juga telah memakai topeng muka setiap kali berjogging untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti.
Tetapi, pada hari khamis yang lalu Zhang dikatakan telah berhenti berlari kerana mengalami kesukaran untuk bernafas dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Oleh kerana keadaannya yang makin teruk, keluarganya membuat keputusan untuk terus menghantar dia ke hospital.
Pakar perubatan percaya bahawa keadaan ini mungkin berlaku berpunca daripada pemakaian topeng muka ketika membuat larian sehingga menyebabkan peningkatan tekanan secara tiba-tiba pada paru-paru lelaki itu. Keadaan Zhang kini dikatakan sudah semakin stabil.
Post a Comment