Pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, ramai dalam kalangan anak perantau tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambung hari bersama ibu dan ayah.
PKPP: Kali ini boleh raya dengan mak & abah! Sambutan Aidil Adha & aktiviti korban dibenarkan
Dalam perutusan Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan YAB oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini.
Antara berita baik lagi, sambutan hari Aidil Adha dan akitiviti korban juga telah dibenarkan tetapi perlu mengikut SOP yang telah disediakan oleh pihak berkuasa dan jabatan agama.
Nampaknya, hari raya Aidil Adha kali ini dapatlah disambut bersama keluarga dan sanak saudara, untuk menebus kembali detik satu Syawal yang dirai berjauhan.
Namun, diharapkan dengan kelonggaran yang telah diberikan ini kita juga masih perlu berjaga-jaga, kerana virus Covid-19 masih lagi belum lenyap.
Sumber : Bernama,
Post a Comment