BIASANYA saya yang bawa jenaz4h orang, tak sangka kali ini tiga jenaz4h anak serentak sampai di rumah…tak sanggup saya nak memandu van jenaz4h mereka ke tanah perkvburan, biarlah orang lain yang bawa, kata Mohd Ismail, 64.
Bapa kepada tiga beradik yang lem4s di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong itu berkata, beliau telah berkhidmat sebagai pemandu van jenaz4h sejak empat tahun lalu dan tidak pernah membayangkan untuk melalui dugaan berat kehilangan tiga anak lelaki sekali gus, dalam sekelip mata.
Mohd Ismail, 64, menunjukkan gambar bersama anaknya yang dikhuatiri lem4s, Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, dirakam pada Aidilfitri baru-baru ini. Foto: mStar
“Namun, saya reda kerana itulah ketentuan Allah. Syukur banyak-banyak kerana Allah permudahkan urusan sepanjang operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
“Insyaallah, mat1 sebab lem4s akan dikurniakan syahid kecil… ketiga-tiga mereka adalah anak harapan keluarga, ringan tulang dan hormatkan orang tua. Mungkin ada kebaikan yang mereka lakukan sehingga Allah permudahkan urusan mereka,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.
Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pelbagai pihak yang turun padang, menziarahi serta membantu melancarkan lagi urusan sehingga ke proses pengebvmian jenaz4h yang dijangka dilakukan selepas Asar di Tanah Perkvburan Alor Limbat di Marang, Terengganu.
Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormat1 guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran.
“Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang.… bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Terdahulu myat pertama, Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 9.50 pagi, disusuli myat Khairil Firdaus, 17, pada 11.36 pagi.
Khalif Naim ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.
Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
Kesemua mangsa dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira 6 petang semalam (Rabu). – BERNAMA.
Anggota Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengusung myat mangsa lem4s terakhir, Khalif Naim Mohd, 16, di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, pada tengah hari Khamis.
TERDAHULU, myat terakhir kes lem4s membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong ditemui pada 12.40 tengah hari Khamis.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata myat Khalif Naim Mohd, 16, ditemui kira-kira 170 meter dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, kes lem4s tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lem4s berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lem4s), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Terdahulu myat pertama, Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 9.50 pagi, disusuli myat Khairil Firdaus, 17, pada 11.36 pagi.Khalif Naim ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.
Kesemua mangsa dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira 6 petang semalam (Rabu). – BERNAMA
Sumber: mStar
Post a Comment