Sumber Deccan Chornicle, Indian Express
WOW!!! Tak Sangkalah pulak filem Dilwale gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol sebenarnya gagal meraih kutipan tinggi di Pawagam. Sanggup SRK pulangkan 50% bayaran diterima kepada pihak produksi
Filem Dilwale yang dibintangi oleh gandingan hebat Shah Rukh Khan dan Kajol sebenarnya gagal meraih kutipan tinggi di Pawagam. walhal, filem tersebut juga sebenarnya telah menimbulkan pelbagai kontroversi berbanding pujian positif daripada para penonton.
Filem Dilwale yang dibintangi oleh gandingan hebat Shah Rukh Khan dan Kajol sebenarnya gagal meraih kutipan tinggi di Pawagam. walhal, filem tersebut juga sebenarnya telah menimbulkan pelbagai kontroversi berbanding pujian positif daripada para penonton.
Terbaru, seorang pemerhati filem mendakwa Shah Rukh Khan telah mengembalikan 50 peratus bayaran kepada pihak produksi akibat kegagalan Dilwale.
“SRK telah tunaikan apa yang harus dilakukan dengan mengembalikan 50 peratus bayaran sebagai ganti rugi yang dialami Dilwale. Itu seharusnya dilakukan oleh seorang pelakon dan produser yang bertanggungjawab,” ujar pemerhati Komal Nahata.
Seorang lagi penganalisis filem Bollywood , Kumar Mohon menjelaskan tindakan SRK harus diberi pujian dan menjadi contoh kepada pembikin filem mahupun para pelakon Bollywood.
“Saya sangat menghargai apa sahaja yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan, Sekiranya filem tersebut gagal, mengapa pihak pengedar yang perlu dipersalahkan?”
“Tindakan tersebut merupakan langkah yang cukup besar dan saya percaya ianya akan menjadi satu amalan kepada industri filem Bollywood kelak,” katanya.
Antara faktor yang dipercayai membawa kegagalan pada Dilwale adalah kerana petani di Maharashtra mengambil keputusan memboikot filem tersebut kerana Shah Rukh Khan tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu mereka melalui musim kemarau yang teruk.
Selain itu, pengarah Rohit Shetty mendakwa Shah Rukh Khan tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mempromosikan Dilwale seperti yang dilakukannya untuk Chennai Express sebelum ini.
Post a Comment