Heboh tentang hasrat KDN untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangla ke tanah air yang tercinta ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Semalam, Amran Fans yang merupakan fanpage parodi terkenal di Malaysia dalam status sinisnya mengajukan pertanyaan kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, yang merupakan ikon Belia Negara dan juga merupakan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
NurulHidayah seperti malas hendak melayan si Amran telah memuat naik status di laman Instagramnya
Berikut adalah kepsyen penuh yang ditulis beliau.
"Tiba2 rasa bangga. Glamour. Tapi tak nak riak la. Sebab? Bukan sahaja kat dunia orang cari, kat akhirat pun ramai yang akan cari sebab nak minta maaf. Alahaii..
Panas dik kat padang Masyar tu nanti. Takpa la. Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sbb TAK RELA BERMADU ..ha ha ha ) --- ok..ok serious! Tak berkenalan kat dunia ni pun kelak kita akan berkenalan kat Padang Masyar (buat pencipta dan penyampai/penyebar fitnah) Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu. Ha ha ha .. A very entertaining day for me."
Amran terus membalas
Sapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar ?.
Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana ?.
Takut bapak engko tu je nanti yang penat nak mencari kami.. Kalau takat nak jumpa Amran sorang, kat mamak je dah la.. hahahaha
Post a Comment